Sabtu, 31 Disember 2011

Makan Kenduri @ Dewan Merak Kayangan


Aku jarang sekali dapat peluang menghadiri majlis kenduri kahwin di tempat lima bintang (5 stars) saperti ini. Di dewan orang ramai tu biasalah… begitu juga di khemah di depan rumah dan di sepanjang jalan di depan rumah teres di taman2 kediaman, dan juga di perkarangan rumah kampung… biasalah tu. Tapi ini di dewan 5 stars merak kayangan you know… selesa giler… makan minum enak tak leh nak cerita… diiringi muzik live lagi… rasa macam nak duk situ je.

Jumaat, 18 November 2011

Mendapat Hadiah Berganda di Aidilfitri dan Aidiladha ):

Dua hariraya lepas tu iaitu raya Aidilfitri dan Aidiladha, aku mendapat 2 hadiah yang emaanggg idamanku selama ini … teka apa dia? Betul betul betul !!! … PVP dan Handphone … Makasih to my Pa and my Ma for their hadiah.
showing off my new H/phone cap Nokia

playing my new PVP, w00t!!!

playing my PVP w/ friend

my friend playing my PVP

checking my H/phone’s skin, canteknya!!!

Isnin, 24 Oktober 2011

Chekgoobeso Tangkap Siakap Beso di Tasik Angsana

Selepas aku melancarkan blogku ni, dengan tajuk pertama Memancing di Tasik Angsana, chekgoobeso memberi komen dengan berkata:
chekgoobeso pernah memancing kat situ. dapat siakap beso… lihat gambo kat pautan pancing.info ni... http://www.pancing.info/modules/xcgal/displayimage.php?album=12&pos=15&pid=773
Fotonya aku muatkan di sini…Meemaanggg BESO!

Khamis, 8 September 2011

Memelihara Kucing di Rumah


Salah satu hobi aku kat rumah adalah memelihara kucing. Ianya memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Misalnya sangkar tempat berlindung mesti kuat, kemas dan selesa. Minuman dan makanan mesti berzat. Begitu juga perubatan dan suntikan vaksin. Kebersihan mesti diutamakan, kalo tidak nanti terkena penyakit kucing kurap.

 
Oh ya, e-mail aku dalam distribution-list SPCA Selangor. Jadi aku tau kes pet hotel from helltu … video operasi menyelamat kucing2 tu aku dah postkan kat facebook aku … Kasihan ya, dengar cerita 200 ekor mati kebuluran … bangsat punya PETKNODE tu !!! In case U missed it, boleh tengok kat sini …


p.s. Aku rancang nak bina satu blog yang khusus dan penuh dengan cerita-ceriti kucing-kucingku. Tunggu terbitannya - Coming Soon. Namanya mungkin “I-shah Luv Kat”. Aku peminat ainmaisarah novelis. Tentu ceritanya nanti menarik macam ainmaisarah ... Hehehe. Pratonton 4 ekor kucing ku kat bawah ni … (dari kiri ke kanan: boroi, cici, oren dan ciko)

Isnin, 5 September 2011

Beraya kat Kedah, Thailand dan Perlis

Tahun ini aku dan keluargaku menyambut Hari Raya Aidilfitri kat Kedah. Lepas tu Thailand. Dan kemudian Perlis. Di Perlis kami pergi shopping kat Padang Besar dan kemudian berkelah kat Gua Kelam, mandi air terjun. Lepas tu ke Kuala Perlis makan laksa - hhmmm enaknya !












p.s. di Thailand, kita orang minum Ayaq Siam - hehehe


 

Isnin, 29 Ogos 2011

Membelibelah kat Port Dickson

Selain Nilai Square, Nilai 3, Subang Parade, Empire, Mydin, Giant dan Tesco, untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti, aku dan keluargaku juga pergi membelibelah di  kat Port Dickson. Selain pakaian dan cenderamata kami juga beli belacan… hahaha.
p.s. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, Maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalanraya.

Selasa, 23 Ogos 2011

I Love Ribena

Ribena shining my life and I did it my own way. I think it’s Sparklicious… and Berrytastic!
Sparklicious
Berrytastic